Sabtu, 09 Mei 2009

Hormat Habibnya

Hormat Habibnya
Oleh Sheikh Muhammad Nazim
London, 1993


Tahun ini lebih ramai yang datang berminat mencari jalan yang benar. Ini petanda yang baik, ramai datang dari merata-rata tempat di dunia. Maha Agung Pencipta segala alam sedang memanggil hamba-hambaNya untuk menyahut seruan Ilahi. Kita berada di sini hanya kerana itu, untuk memanggil manusia berkhidmat untuk Allah kerana ramai telah tidak melakukannya. Berkhidmat untuk Allah ialah beribadat. Ramai yang telah berhenti melakukannya. Mereka semuanya sibuk mengejar syaitan dan sentiasa membuat perjanjian untuk berkhidmat untuknya. Moga Allah mengampuni kita.

Sepekara penting lagi ialah saban hari kita melihat anak-anak muda cuba mendekati dan berbakti kepada Allah. Cuba pertahankan amalan itu. Berkatalah, “Saya adalah hamba Allah dan nabi-nabiNya (as).” Tanpa menjadi hamba kepada para anbiya terutama sekali kepada yang paling termulia, Khatamul Anbiya, Sayyidina Muhammad (saw), Allah tidak akan menerima khidmat kalian. Saya memanggil kalian semua untuk menyembah Allah, dan berikan penghormatan yang paling tertinggi kepada Sayyidina Muhammad (saw) kerana baginda mewakili Allah. Adalah sangat penting bagi semua memahami perkara ini.

Tujuan saya ialah untuk membuat manusia menghormati sepenuhnya Allah, menyembahNya dan juga memberi penghormatan yang tinggi kepada Muhammad (saw). Manusia boleh mencapai martabat yang tinggi di Hadrat Ilahi sekiranya mereka mengikut cara ini. Sesiapa yang menghormati Allah mesti juga menghormati yang di pujiNya – seperti kita mengucap kalimah “Ashaddu Allah illaha illalah, ashaddu anna Muhammad abduhu Rasul Allah.” Tanpa kalimah ini iman seseorang tidak akan sempurna. Oleh sebab itulah kalian semua perlu memberi penghormatan yang paling tinggi kepada hamba yang paling di kasihi oleh Allah, Muhammad (saw).

Perintah Allah sentiasa kekal dan sekiranya terdapat perintah-perintah lain yang melanggar perintah Allah atau RasulNya (saw), adalah cara syaitan. Sekiranya kalian inginkan keselamatan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat, maka hormatlah Habibullah (saw) dan cara baginda. Sekiranya kalian mahukan keadaan yang paling terbaik di dunia dan akhirat, dan kalian tidak akan merasa khuatir dan sedih pada masa-masa yang akan datang, hormatilah baginda Rasulullah (saw).

Wa minnallahi taufiq.

Sumber : http://mevlanasufi.blogspot.com/2005_10_01_archive.html

Arsip Blog