Sabtu, 09 Mei 2009

Adakah Yang Lebih Sempurna Daripada Bulan Purnama

Adakah Yang Lebih Sempurna Daripada Bulan Purnama
Oleh Sheikh Muhammad Nazim
Working, 1993


Di Hari perjanjian kita telah berjajnji akan memperbaharui iman kita sebanyak kali yang mungkin. Iman merupakan kapal kita. Kita tidak tahu berapa lamakah perjalanan kita, oleh sebab itu perlulah kita mendapatkan sebuah kapal yang kukuh. Bagi setiap perbuatan yang telah kita melanggar hukum Allah, kita berucap “astagfirullah,” kita memohon keampunan. Sekiranya Rasulullah (saw) telah mengucap kalimah itu sebanyak 70 kali, bagaimana pula dengan kita? Walaupun kita mengucapkannya sebanyak 70 milion kali, masih ia tidak mencukupi.

Sekarang ini, sekiranya kita menyuruh seseorang memperbaharui imannya 3 kali sehari dan untuk mengucap “astagfirullah” 70 kali, mereka akan melihat kita sebagai aneh dan akan bertanya adakah kita orang tariqat. Memang betul kita orang tariqat, orang mengikut perjalanan. Kita adalah orang yang mengikut perjalanan Rasulullah (saw), kita mengikut cara-cara baginda. Kita tidak mahu mengubah cara baginda dan kita memegang setiap tabi’at yang baginda ada.

Ya Tuhan kami, kami berlindung dengan Mu daripada kejahatan dan syaitan. Jangan pentingkan gelaran-gelaran yang ada pada kita – kita mungkin seorang sheikh, seorang yang suci atau seorang sultan. Tidak, kalian tidak sekuat yang mana kalian fikirkan, semua gelaran tersebut tidak dapat memperlindungkan kalian daripada syaitan. 99.9% manusia berkerja untuk syaitan. Tanpa menyedari dan melihat, manusia berkerja untuk syaitan. Terdapat dua jenis syaitan; manusia dan jin. Kalian harus berjaga daripada mereka. Sekiranya tidak, kalian akan jatuh ke tangan mereka. Rasulullah (saw) telah memberi amaran kepada kita tentnag syaitan. Kita harus meletakkan papan tanda di merata-rata tempat – di rumah, di tempat perniagaan, di pejabat … untuk memperingkatkan bahawa syaitan merupakan musuh yang paling besar bagi kita.

Malangnya kita berbaik dengannya. Kita melayan dia sebagai rakan baik kita. Inilah sebab mengapa kehidupan di dunia sekarang menyerupai neraka bagi ramai manusia. Manusia tidak melayan syaitan sebagai musuh, seperti yang disuruh oleh Allah. Kalian mesti tulis di merata-rata tempat untuk memberi amaran tentang syaitan. Tapi apakan daya, “La illaha illallah, Muhammadun Rasulullah” pun kita tidak tulis, walaupun kalimat itu tertera di Arsh Iahi. Di masjid-masjid baru tidak ada tulisan suci itu kerana puak Wahabi berkata ianya haram! Manusia sekarang begitu alpa dan jahil, dan mereka hilang perjalanan.

Syaitan berkerja dengan cara sulit. Malah imam di sini pun tidak menyebut nama-nama Sayyidina Abu Bakar, Sayyiddin Omar atau Sayyidina Ali. Saya tidak tahu siapa yang menyuruh dia tidak memberi penghormatan kepada kalifah-kalifah ini atau pun mana-mana sahabat, pengikut-pengikut Rasulullah (saw). Sudah menjadi adat di seluruh dunia Islam bagi khatib memberi salam kepada watak-watak agung Islam di khutbah Jumaat. Tidak pernah terlintas kepada kita bahawa amalan itu akan diubah. Tetapi kuasa syaitan sedang bergiat Kita tidak boleh menerima alasan bahawasanya orang tidak ada masa untuk menerima berkat kerana kesuntukkan masa. Bagi orang seperti itu, Israfil akan datang dengan lebih cepat untuk meragut nyawa mereka. Awas!

Gambaran yang telah saya bagi merupakan satu titik di dalam lautan. Seharusnya perkara ini akan menyedarkan kita tentang kegiatan-kegiatan syaitan. Kegiatan syaitan lebih senyap daripada hentakkan tapak kaki semut – kita masih boleh mendengar hentakkan tapak kaki semut. Syaitan menipu semua orang dan menyarankan perubahan. Mereka sentiasa bercakap tentang reformasi. Islam tidak memerlukan sebarang reformasi.

Jika sekiranya perlu, sudah pasti Allah akan mengutuskan seorang nabi lagi. Tetapi tiada nabi lagi yang akan datang. Allah telah memberi tahu bahawa tidak ada nabi lagi yang akan datang selepas Rasulullah (saw). Jadi kenapa mereka masih menggaung-gaungkan perubahan? Islam sentiasa baru, kekal abadi. Allah telah memberi undang-undang yang terbaik, kepercayaan yang terbaik, dan kegiatan-kegiatan yang terbaik untuk manusia dan sifat-sifat mereka. “Aku telah meletakkan agama ini di tahap yang paling terbaik,” Allah telah berfirman. Adakah kalian fikir ada benda yang lebih baik daripada bulan purnama?

Islam merupakan bulan purnama. Kalian mesti menyesuaikan diri dengan Islam. Tetapi manusia abad muta’akhir mahukan Islam menyesuaikan untuk nafsu mereka. Mereka tidak mahu cuba mengikut maksud sebenar Islam. Itulah sebabnya mereka tidak mahu sheikh. Semua orang mahu menjadi imam bersendirian. Mereka berpendapat sekiranya mereka membaca Quran dan Hadis, itu sudah mencukupi bagi mereka mencari jalan. Ini seumpama seorang meninggalkan lebuhraya untuk mencari yang lebih cepat ke London.

Alangkah bodoh mereka ini! Lebuhraya sudah disediakan untuk digunakan, tetapi mereka masih mahu mencari jalan sendiri. Mereka mahu melakukan mengikut pemahaman sendiri kerana mereka angkuh. Semua harus tahu sekiranya terdapat sedikit keangkuhan di dalam diri kita, syurga di larang menerima kita. Tetapi manusia seperti ini berkata, “Oh, kami doctor agama. Kami telah belajar di Cambridge atau di Sorbonne. Kami tahu.” Apakah jenis kedoktoran yang mereka dapat? Profesor Yahudi? Adakah itu yang membuat mereka angkuh?

Wahai manusia, awasilah syaitan dan pengikut-pengikutnya. Mereka seperti bunglon (cicak yang boleh tukar warna). Sekarang merupakan waktu yang susah dan merbahaya bagi kita. Awas...sekiranya kalian mahu menjaga iman. Kalau tidak, kalian akan hanyut. Rasulullah (saw) telah mengambarkan jalan yang lurus dengan tongkatnya di pasir. Jalan yang sama itu terdapat berbagai-bagai ruang untuk kita dipesongkan oleh syaitan. Hanya satu jalan sahaja ke Syurga. Awas dan jagalah perjalan kalian. Moga-moga Allah mengampuni kita.

Wa minnallahi taufiq.

Sumber : http://mevlanasufi.blogspot.com/2005_10_01_archive.html

Arsip Blog