Sabtu, 09 Mei 2009

Mengikut Rasulullah

Mengikut Rasulullah
Oleh Sheikh Muhammad Nazim
Sri Lanka, 1988


Apabila ahli tariqat kita berkumpul, jemaah itu akan di berkati Allah. Apabila mereka berkumpul semata-mata kerana cinta Allah dan Rasullulah (saw), mereka akan diberkati Allah. Adalah senang untuk menjadi pengikut Rasulullah (saw) dan menjadi ummatnya. Menjadi pengikut adalah lebih senang daripada memimpin. Yang memimpin harus memikul pengikut-pengikutnya. Seperti yang telah saya katakan tadi, mengikut adalah lebih senang daripada memimpin atau membimbing. Allah telah mengutuskan kekasihNya, Rasullullah (saw) dan menyuruh seluruh manusia mengikut baginda.

Ikut dan percayalah kepada baginda. Tidak ada masalah bagi pengikut-pengikut. Perkara ini merupakan realiti. Kehidupan mereka yang mengikut jejak Rasulullah (saw) akan menjadi senang, merendah hati, gembira dan penuh dengan kejayaan. Oleh yang demikian, Allah telah mengarahkan orang mukmin mengikut Rasulullah (saw).

Wa min Allah at Tawfiq

Sumber : http://mevlanasufi.blogspot.com/2005_10_01_archive.html

Arsip Blog