Allah Bersama Orang Yang Sabar
Oleh Sheikh Muhammad Nazim
Sri Lanka, 1988
Apabila kita mengarahkan hati kita kepada Allah,kita akan merasai keamanan dalaman, dan apabila kita menoleh dari Dia kita akan terperangkap di bawah kolam yang gelap dan dalam penuh dengan ular, kalajengking dan labah-labah. Sheikh Abdullah Daghestani pernah mencerita kepada saya tentang seorang insan yang sering bermasalah dengan persikitarannya, dia selalu merasa bahawa masyarakat sentiasa mengacau kententeraman jiwanya. Satu hari dia sudah tidak tahan lagi dengan keaadan masyarat di sekelilingmya dan membuat keputusan untuk melarikan diri ke gua.
Di sana dia berharap akan dapat keamanan. Maka dia pun menyelesaikan urusan duniawi di tempat kediamannya dan terus pergi ke gunung untuk memulakan kehidupan yang baru. Setelah puas mencari buat beberapa hari, akhirnya dia jumpa satu gua yang sesuai untuk dia tinggal di dalamnya, lalu dia berkata, “Tidak ada siapa di sini dan tidak ada siapa yang tahu saya berada di sini. Akhirnya saya akan dapat keamanan.”
Pada waktu yang sama, seorang hamba Allah sedang berjalan di bawah lembah. Si fulan ini melihat ke arah gunung itu dan ternampak satu batu yang begitu cantik berdekatan dengan gua tadi. “Saya mesti dapatakan sekutul batu yang berwarna-warni itu,” kata si fulan itu, lalu dia pun terus mengetuk untik mencungkil batu tersebut: tok! tok! tok! Si hamba Allah yang berada di dalam gua itu mengeloh dan berkata, “Wahai Tuhanku, saya cuba untuk melarikan diri daripada masyarakat dan Engkau menghantar si fulan ni kepada ku! Terdapat banyak lagi gunung, kenapa harus Engkau hantar dia ke gunung ini?”
Tidak siapapun dapat mengelakkan dirinya daripada ketidaksenangan hidup, seperti sabda Rasulullah, “tiada ada rehat di dalam dunia ini.” Kalian mungkin tinggal di kota atau kampung, atau pun di atas gunung – tetapi lambat-laun kalian akan sedar bahawa hidup ini penuh dengan cabaran-cabaran yang mengelisahkan. Kita telah diarah untuk bersabar di dalam menghadapi segala cabaran, kerana kemenangan akan menunggu kepada mereka yang bersabar. Allah menghantar segala bentuk cabaran dan cubaan mengikut dengan keupayaan kita, sudah pasti setiap manusia akan memikul beban hidup. Kita akan disuruh memikul beban-beban mengikut kekuatan iman kita. Pada waktu sekarang, orang mukmin akan dicabari dengan beban yang maksima, kerana orang yang buta kerohaniannya telah memastikan kehidupan orang mukmin dipenuhi dengan kesusahan
Wa min Allah at Tawfiq
Sumber : http://mevlanasufi.blogspot.com/2005_10_01_archive.html